Monday, 21 December 2015

LEGEND BOLA SABAH

LEGEND BOLA SABAH

Inilah beberapa tokoh legend bola sepak Negeri Sabah yang 
telah banyak membantu menaikkan nama Sabah dan 
juga nama Negara Malaysia dalam sukan bola sepak 
satu ketika dulu.


 Hassan Sani
 
Bekas penyerang Sabah FA dan
penyerang Kebangsaan Malaysia,
membantu skuad kebangsaan layak beraksi 
di Sukan Olimpik di Moscow 1980


James Wong
  
Bekas penyerang Sabah FA dan penyerang Kebangsaan
Malaysia. penjaring gol kemenangan Malaysia mengatasi 
Korea Selatan untuk layak ke Sukan Olimpik
1980 di Moscow.


 Matlan Marjan
 
Bekas penyerang Sabah FA dan
bekas ketua pasukan bola sepak kebangsaan
Malaysia. Penjaring kedua-dua gol negara
ketika perlawanan persahabatan Malaysia vs England 1991.



 Peter Rajah
 
Bekas penjaga gol Sabah FA dan
juga bekas penjaga gol kebangsaan Malaysia.

PULAU-PULAU DI SABAH


PULAU-PULAU DI SABAH
Ini adalah antara beberapa pulau cantik dan indah yang terdapat 
di Negeri Sabah :

Pulau Lankayan
 
Pulau Lankayan adalah sebuah pulau resort batu karang tropika yang amat kecil yang berada
di Laut Sulu, terletak di barat laut Pulau Borneo, dibawah naungan negeri Sabah, Malaysia.
Pulau ini terletak kira-kira 15 km dari Sandakan.


Pulau Selingaan (Turtle Islands Park)
 
Pulau Selingan atau lebih dikenali dengan nama "Turtle Islands Park (Taman Pulau Penyu)"  
terletak  di Laut Sulu kira-kira 40 kilometer ke utara Sandakan Sabah, timur Malaysia.  
Ia terdiri daripada  3 pulau iaitu Pulau Selingaan, Bakkungan Kecil dan Gulisaan. 
Taman ini terkenal dengan penyu hijau  dan penyu Karah yang bertelur di pantai tersebut 


Pulau Sipadan
 
Pulau Sipadan ialah sebuah pulau lautan berhampiran dengan Semporna Sabah, Malaysia.
Pulau Sipadan merupakan satu-satunya pulau samudera di Malaysia daripada batu kapur
dengan ketinggian 600 meter dari dasar laut. Pulau Sipadan terkenal sebagai satu pilihan tempat
bagi aktiviti menyelam skuba (scuba diving) antara yang terbaik di dunia.

Pulau Kapalai

Kapalai adalah salah sebuah pulau percutian yang terkenal di Malaysia, ia lebih dikenali
sebagai pulauresort Selam skuba. Pulau Kapalai hanya terletak 15 minit jauh perjalanan
dari Pulau Sipadan,Pulau Kapalai merupakan salah sebuah pulau yang terindah.


Pulau Layang-Layang
Pulau Layang-Layang terletak 165 batu nautika dari barat laut Kota Kinabalu
(dalam lingkungan 200 km zon eksklusif) di Laut China Selatan.


Pulau Mabul
 
Pulau Mabul terletak di pesisir pantai tenggara negeri Sabah, Malaysia,
dan berdekat dengan pulau Sipadan. Kedalaman sekitar 25 hingga 30 meter
sesuai untuk aktiviti 'scuba diving'

Pulau Mantanani

Pulau Mantanani merupakan sebuah pulau yang terletak di daerah 
Kota Belud, Sabah.


 Pulau Manukan
 
 Pulau Manukan adalah pulau kedua terbesar di Taman Tunku Abdul Rahman,  
Ia terletak di negeri Sabah, hanya di luar pantai Kota Kinabalu. 


Pulau Mataking
 
Pulau Mataking terletak di berhampiran dengan Daerah Semporna, 
sebuah pulau yang tidak jauh dari Sipadan, dan terletak di utara Mabul.


 Pulau Gaya
 
Pulau Gaya adalah pulau yang terbesar dalam Taman Tunku Abdul Rahman
yang terletak berhampiran dengan Kota Kinabalu.


Pulau Sapi 
 Pulau Sapi merupakan salah sebuah daripada lima buah pulau yang terletak di
Taman Tunku Abdul Rahman, Kota Kinabalu Sabah.


Pulau Tiga
 
Pulau Tiga juga merupakan salah sebuah pulau yang terdapat di
Taman Tunku Abdul Rahman, Daerah Kuala Penyu.


Pulau Sibuan
 
Pulau Sibuan merupakan salah sebuah pulau indah yang terletak berhampiran
dengan Daerah Semporna, Sabah.

Pulau Berhala Laut
 
Pulau Berhala terletak di luar pintu masuk Teluk Sandakan berdepan dengan 
perkampungan Sim-Sim. Antara yang unik di pulau ini adalah dua buah 
bukit batupasir yang bercantum dengan ketinggian 600 kaki.

TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI SABAH

TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI SABAH

Ini antara beberapa tempat menarik di Sabah yang dapat di kongsikan buat masa ini dulu, baru mahu di cari-cari lagi kunun yang lain. banyak lagi belum dapat. Nanti kalau dapat baru di tambah.

Gunung Kinabalu

Terletak di Daerah Ranau, Kota Kinabalu Sabah
Lebih kurang 2 jam perjalanan dari Bandar Kota Kinabalu.


Muzium Negeri Sabah

 
Muzium Negeri Sabah terletak di Kota Kinabalu, Sabah
tempat yang paling sesuai untuk mempelajari sejarah Sabah.


 Sepilok Sandakan

 
 Merupakan Pusat Pemuliharaan Orang Utan.
terletak di batu 14 iaitu 25 km dari Bandar Sandakan.


Tanjung Simpang Mengayau Kudat

 
Merupakan salah sebuah tempat pelancongan yang
indah di Daerah Kudat, dan jauhnya dari Bandar Kudat
lebih kurang 40 km

Kundasang War Memorial

  
 Terletak di Kundasang, lebih kurang 90 km atau 2 jam perjalanan 
dari Bandar Kota Kinabalu dan lebih kurang 10 minit perjalanan 
dari Taman Kinabalu.


Sandakan Memorial Park

 
Merupakan salah sebuah Taman Peringatan
bagi memperingati anggota tentera Australia dan British
yang telah terkorban semasa penjajahan Jepun.
Terletak di Taman Rimba batu 8 Sandakan,
Lebih kurang 11 km dari Bandar Sandakan.


Ladang Lembu Mosilou

 
Salah satu tempat pemandangan yang cantik di Kundasang.
Terletak lapan (8) km dari Pekan Kundasang


Lembah Danum

Merupakan kawasan pemuliharaan.
Gambar ni adalah Jambatan Kanopi Lembah Danum
Letaknya lebih kurang 80km dari Bandar Lahad Datu


Rumah Terbalik

Merupakan salah satu rumah yang dibina secara terbalik
dan rasanya yang pertama di Malaysia dan kini
 ianya telah menjadi salah satu tarikan pelancongan
untuk datang ke Tamparuli, Sabah.


Poring Hot Spring

Merupakan kawasan rekreasi yang popular di kalangan
penduduk tempatan dan pelancong dengan kolam mata air panasnya.
Terletak 43 km dari Taman Kinabalu atau 13 km dari pekan Ranau.


Lok Kawi Wildlife Park

Merupakan salah sebuah taman perlindungan yang berpotensi
untuk dijadikan tarikan pelancong dari dalam dan luar negara.
terletak di Putatan iaitu 25 km dari Bandar Kota Kinabalu


Ladang Teh Sabah


Dengan pemandangannya yang indah dan udara yang dingin
menjadikan Ladang Teh Sabah salah sebuah destinasi pelancongan
terletak di Kampung Nalapak dalam Daerah Ranau,
120 km dari Bandar Kota Kinabalu.


Taman Peringatan Petagas

 
Merupakan salah satu lagi taman peringatan yang terdapat 
di Kota Kinabalu, Sabah. 


Gua Gomantong

 
Salah sebuah gua yang besar di Kinabatangan, Sandakan.
yang menjadi tempat tinggal pelbagai jenis burung.
jauhnya lebih kurang 95 km dari Bandar Sandakan


 Monsopiad Cultural Village

 
Kampung Budaya Monsopiad "Monsopiad Cultural Village
  merupakan salah sebuah destinasi pelancongan di Penampang.


Kinabalu Pine Resort

  
 Salah satu destinasi pelancong dalam dan luar negara
untuk tinggal dan bercuti sambil melihat Gunung Kinabalu 
dengan pemandangan yang cukup indah dan
 terletak di Kundasang, Sabah, lebih kurang 15 minit
perjalanan dari Taman Kinabalu


Taman Perdana Kota Kinabalu

 
Taman rekreasi yang menjadi kunjungan ramai
terletak di Tanjung Aru, Kota Kinabalu Sabah.


Labuk bay Proboscis Monkey Sanctuary

 
Salah satu pusat pelancongan yang dapat menarik
ramai pelancong dari luar negara
terletak di batu 19, Sandakan, Sabah

PERMAINAN TRADISIONAL MELAYU


JENIS PERMAINAN TRADISIONAL KAUM MELAYU


SEPAK RAGA
  • Permainan sepak raga telah sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Pada masa itu permainan ini dimainkan oleh golongan bangsawan.Rakyat Biasa juga menggemari permainan ini. Pada masa sekarang sepak raga lebih dikenali dengan nama sepak takraw. Ia bukan hanya dimainkan oleh orang Melayu sahaja tetapi bangsa-bangsa lain, malah telah dikenali di seluruh. Bola sepak raga diperbuat daripada bilah-bilah rotan yang dianyam bulat seperti raga sebesar isi buah kelapa dua atau tiga lapis. Permainan ini dimulakan dengan salah seorang pemain melambung bola kepada rakannya dengan tangan. Rakannya itu akan menimang bola itu dengan kakinya sekali atau beberapa kali, sebelum menendangnya ke arah pemain lain. Pemain-pemain yang membentuk lingkungan atau bulatan itu mestilah bergilir-giliran menimang bola itu dan mengawalnya supaya tidak jatuh ke bumi. Jika bola itu jatuh, permainan dalam pusingan tersebut ditamatkan.

BATU SEREMBAN

  • Batu Seremban juga dikenali sebagai permainan Selambut atau Serembat. Sering dimainkan di waktu lapang.Permainan ini dimainkan oleh kanak-kanak perempuan sama ada secara individu atau berpasangan. Ianya dimainkan secara berkumpulan seramai dua hingga empat orang atau lebih.Biasanya ia menggunakan guli kaca, biji getah, ketul batu yang kecil atau ketulan-ketulan objek lai berbentuk bulat. Bilangan yang biasa digunakan sebanyak lima biji. Objek-objek ini dikenali sebagai buah Dalam bermain Batu Seremban ini terdapat beberapa peringkat atau cara sambutan buah yang berlainan. Bermula dengan peringkat pertama yang mudah dengan menggunakan sebiji buah yang dinamakan sebagai buah satu hinggalah kepadaperingkat lebih tinggi atau peringkat yang teratas dinamakan buah tujuh.


CONGKAK

  • Congkak merupakan sejenis permainan tradisional Melayu. Permainan ini telah wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi, tetapi tidak pasti asalnya, samada pengaruh luar telah datang bersama pedagang atau sememangnya telah dicipta oleh orang Melayu ketika itu. Permainan congkak dipercayai berasal daripada dunia Afrika atau Arab, bergantung kepada teori mana yang anda percayai. Bagaimanapun, bukti tertua yang dijumpai oleh cari gali purba yang dibiayai oleh Persatuan National Geographic menjumpai kepingan batu kapur yang mempunyai dua liang selari bertarikh semenjak 5000 hingga 7000 SM di masa kini Jordan. 
  • Dalam permainan tradisional ini, alatan yang digunakan adalah papan congkak dan buah congkak. Kadang-kadang sebagai ganti papan congkak, lubang-lubangnya dibuat di atas tanah. Sementara biji-biji congkak pula ialah guli-guli kaca, buah getah, biji saga, batu-batu kecil dan sebagainya. Setiap papan congkak hanya boleh dimainkan oleh dua orang sahaja. Papan congkak mengandungi 14 lubang yang dipanggil "kampung". Terdapat dua lubang besar di setiap hujung papan congkak. Lubang ini dipanggil "rumah". Panjang papan congkak tujuh lubang biasanya sekitar 80 cm dan lebanya 18 cm. Papan congkak lazimnya dibuat dari kayu hutan seperti merbau, keruing, balau dan sebagainya. Terdapat juga papan congkak yang dibuat dari kayu rambutan, nangka dan sebagainya, mengikut kemampuan si tukang pembuat congkak.
  • Cara-cara bermain permainan ini ialah dua orang pemain duduk berhadapan menghadap papan congkak dan kedua-dua pemain akan mula dengan serentak. Mereka akan memasukkan buah satu demi satu di dalam lubang kampung dengan pergerakan dari kanan ke kiri hingga ke rumah dan kampung lawan. Gerakan diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan dalam kampung kosong di kawasan sendiri atau lawan dan pemain hendaklah berhenti, sekiranya buah itu jatuh atau mati di kampung sendiri. Pemain itu boleh menembak kampung lawan yang setentang dengan kampungnya iaitu mengaut kesemua buah (jika ada) di dalam kampung tersebut. Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan hingga buahnya mati. Sekiranya buah terakhir jatuh di dalam rumah sendiri, pemain boleh meneruskan permainan dengan mengambil buah yang masih banyak di mana-mana kampung sendiri. Sekiranya buah terakhir jatuh di kampung kosong pihak lawan, maka permainan itu mati di situ sahaja dan pihak lawan boleh memulakan permainan seterusnya hingga mati. Setelah tamat pusingan pertama, setiap pemain mengisi semula kampung dengan buah congkak dan jika ada kampung yang tidak cukup buah, ia dianggap terbakar. Kampung ini tidak boleh diisi apabila bermain pada pusingan yang kedua, ketiga dan seterusnya hingga pihak lawan mengaku kalah.

SYURGA MAKANAN TAWAU


Assalamualaikum..
..  apa yang saya nak kongsikan kepada anda adalah saya merindui makanan-makanan daerah saya Tawau. Memandangkan saya berada di Semanjung Malaysia sudah semestinya masyarakat Semanjung ada tidak mengetahui tempat atau daerah saya ini.  Oleh itu. saya nak memperkenalkan bandar tawau yang menjadi syurga makanan..Saya nak promote sahaja memandangkan saya sangat rindukan TAWAU.OK.
Saya juga ingin membuka makanan berasaskan makanan Tawau yang sudah semestinya makanan favourite saya..makanan yang menjadi masyarakat tawau adalah:


KEROPOK AMPLANG


keropok Amplang adalah antara makanan yang sangat terkenal di Sabah terutamanya di daerah Tawau. Ia merupakan antara hasil usahawan tempatan Tawau yang terkenal di dalam mahupun luar kawasan Tawau. Keropok ini hanya boleh didapati di Tawau dan sekitar Kota Kinabalu sahaja. Kepada pengunjung Pasar Tanjung Tawau terutamanya pelancong dari luar, adalah menjadi satu kemestian untuk  membeli keropok Amplang sebagai buah tangan untuk kawan dan ahli keluarga.Keropok amplang diperbuat daripada ikan atau udang. Rasanya lemak dan rangup. Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat Keropok Amplang ialah Ikan Tenggiri, Tepung , Kanji, Minyak masak, Bawang Putih, Telur, Gula, Garam dan serbuk perasa yang dibenarkan. Kebiasaaanya dijual dalam bungkusan kecil RM1, RM5 dan RM10.


NASI KUNING

NASI KUNING  . kalau dalam daun pisang tu lagi sedap . ada aroma-ii daun pisang tu yang buat rasanya lagi sedap . ada nasi kuning ikan , ayam , dan telur ..siapa rasa nasi kuning pasti nak lagi..memang sedap.nasi kuning ni di masak dengan santan n kunyit . lauknya tu ikan masak bumbubali / ayam / telur rebus . ikut seleraa laa ya . biasanya orang Tawau makan nasi kuning ni masa sarapan . harganya dak tetap . dalam RM 1 - 3.50 la yang paling mahal . yang mahal (rm 3.50) tu di restoran la biasanya . biasanya dijual dalam daun pisang . tengok penjual laa . kalau masa tu senang mau cari daun pisang , ok la . daun pisang di tawau ni bermusim , macam musim buah jugak . H A H A H A . kalau dak , di dalam tapau jak la . dalam plastik pun adaa .


NASI LALAP

Nasi lalap di Tawau memang sangat sedap dan ada restoran yang dibuka berdekatan dengan highway.dapat lagi merasa ketenangan air laut.kita makan pun dengan beselera.
Harga biasanya kalau nasi goreng lalap RM 5.50 ke RM 6  ( tengok gerai jgk la ) 
kalau nasi lalap , murah sikit laa , sebab nasi kosong jak kan , harganya RM 5.00.


GADO-GADO


ni pulak GADO - GADO . semua orang tau , tapi rasanya nda sama macam "tawau style" . amboi , kalau aku ni tawau punya makanan paling sedap . tak kan sama dengan mana-ii punya makanan . biasa laa , lidah tawau kan ? dalamnya ada telur rebus , sayur-ii ( kangkung , kacang panjang , tauge yg dicelur ) , tauhu , nasi impit , kuah kacang n last sekali keropok-ii tu la . kalau mau buat tambahan sendiri pun bole . mengikut kreativiti laa kan ? harga pun dak tetap jugak . kalau gerai murah laa . dari RM 2 -  RM 4.50 .



NASI BAMBONG .


 bambong ? apa tuu ? haa , kalau mau tau "bambong" ni maksudnya penganggur .  nasi bambong ni tentunya ada nasi  , tempe , lauk pilihan anda ( ikan / telur / ayam ) dengan sup dan air kosong free . ok , lokasinya di taman sabindo ataupun lebih sinonim dengan panggilan "taman tikus" . memang nama tempatnya agak thriller di situ . hahaha . nama tempat jak pun . jangan takut mau makan ok . gerai ni memang tertapok ( tersembunyi ) sikit . di belakang rombengan ( bundle ) di taman sabindo tu . HARGANYA memang MURAHHH  ! kalau nasi bambong ikan / telur harganya cuma RM 1.50  , kalau nasi bambong ayam harganya hanya RM 2.50 . murah kan ? di sebabkan murah dan mengenyangkan , gerai ni sentiasa ramai dengan pelanggan . so , kalau gerai ni , x bole la lepak lama-ii , kena tolak ansur la kan sebab terpaksa berkongsi meja .


 SAYAP AYAM

ni pulak SAYAP AYAM  tawau . kalau makan , macam dak bole stop . memang sedap . pun bole dapat di kong fah tawau . harganya RM 1.70 Seketul , RM 5  untuk 3 ketul .



                                                            SANGGAR PAPPEK


ni pulak SANGGAR PAPPEK . namanya memang lain sikit . masih lain macam lagi walaupun aku dah ubah namanya . hehehe . hidangan ni biasanya orang bugis la yang buat . ak.  lepas jak pisang ni di goreng , lepas tu di penyekkan . di makan dengan sambal belacan yang pedas n sedap . memang lain dari pisang goreng yang biasa kita makan tu . ada restoran yang jual dekat kfc empire . sebelah kfc tu la kedainya . kalau mau beli seringgit pun bole kot . 


tapi ada satu makanan ne saya nak kongsikan..makanan ne sangat famous bila syawal menjelma..iaitu BURAS@BURASAK



beras ni di masak dengan santan separuh masak . lepas tu di bungkus dengan daun pisang n di ikat dengan tali rafia ataupun tali-ii yang sesuai laa kan . Lepas tu akan dimasak sama dengan masak ketupat..

KEINDAHAN TAWAU

LATAR BELAKANG TAWAU

Tawau (Jawi: ﺗﺎواو) merupakan nama sebuah bahagian, daerah dan juga bandar di Sabah. Tawau kini merupakan bandar ketiga terbesar di Sabah selepas Kota Kinabalu dan Sandakan. Bandar ini dihubungkan dengan Kota Kinabalu melalui jalan raya sejauh 500 km, laluan udara melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Tawau dan laut melalui Pelabuhan Tawau. Diketahui dengan jelas terutamanya sebelum tahun 1890-an. Bagaimanapun Tawau telahpun berpenduduk dengan sebuah perkampungan kecil nelayan dengan 200 orang penduduk yang kebanyakannya terdiri daripada masyarakat Melayu keturunan Τidung dan Suluk sebelum tahun 1890 (sebelum itu terdapat penempatan terawal masyarakat Melayu Islam Tidung di Kalabakan di bawah naungan Kesultanan Bolongan-Tarakan serta penempatan masyarakat Bajau di Semporna). Pada ketika itu Tawau berada di bawah kuasa Kesultanan Sulu. Dalam satu perjanjian yang termeterainya pada 22 Januari 1878, Kesultanan Sulu menyerahkan kawasan di persekitaran Tawau yang wujud masa kini kepada pihak Inggeris.

Tawau menjadi sebahagian daripada kawasan jajahan orang-orang Inggeris iaitu melalui Syarikat (Berpiagam) Borneo Utara British (SBUB). Mengikut catatan The North Borneo Annual Volume (1955-1965) menyatakan sistem pentadbiran bermula pada tahun 1898, iaitu berikutan langkah-langkah pihak SBUB membuka sebuah penempatan di Tawau dan seterusnya mengadakan asas-asas pentadbiran kerajaan tempatan di situ.

Untuk mengelak perselisihan faham dengan pihak Belanda yang memerintah Kalimantan pada masa tersebut ( Tawau berkongsi sempadan di antara tanah jajahan Belanda dengan tanah jajahan Inggeris), pihak pemerintahan Inggeris telah mengambil langkah-langkah untuk menetapkan sempadan. Ini disebabkan sempadan asal bagi kawasan yang telah diserahkan kepada pihak Inggeris oleh kedua-dua Sultan Brunei dan Sultan Sulu ialah di bawah Sungai Sibuco berdekatan dengan Tarakan (Indonesia) yang mana kawasan tersebut termasuk di bawah pemerintahan Belanda yang ketika itu telah sedia ada menghuni di kawasan tersebut. Berikutan itu satu suruhanjaya Sempadan telah ditubuhkan pada tahun 1912 yang terdiri daripada pegawai-pegawai dari United Kingdom dan Belanda. ( Sejarah Malaysia ).

Sebuah Laporan Bersama telah disediakan beserta dengan peta dan ditandatangani oleh Pesuruhjaya masing-masing di Tawau pada 17 Februari 1913. Kemudian mengikut protokol di antara United Kingdom dan Belanda yang telah ditandatangani di London pada 28 September 1915, kedua-dua kerajaan mengesahkan laporan bersama dan peta tersebut.

Dengan wujudnya pemerintahan British di Tawau, pelbagai kemudahan telah disediakan seperti hospital, sekolah-sekolah, balai polis, rumah-rumah kedai, pelabuhan Tawau serta juga jalan raya dan jalan kampung yang dibina oleh PWD, sebuah jabatan kerajaan yang mana para pekerjanya adalah dari kalangan penduduk tempatan Tawau.

Hak dan keistimewaan masyarakat tempatan telah diiktiraf oleh Kerajaan British dengan perlantikan Ketua Anak Negeri sebagai mewakili penduduk tempatan di Tawau untuk menyatakan keperluan dan permasalahan rakyat kepada pihak Kerajaan British. Sebelum itu jawatan Ketua Masyarakat pernah diberikan kepada Habib Sheikh pada tahun 1912 manakala jawatan Imam diberikan kepada Imam Mustapa pada tahun 1916. Jawatan Ketua Anak Negeri dengan gelaran Orang Kaya Kaya (OKK) yang pertama dilantik Kerajaan British penghujung 1920-an ialah OKK Kee Abdullah, seorang Cina muslim. Manakala pada tahun 1937 sehingga 1953, Penghulu Abu Bakar (anak OKK Kee Abdullah) telah dilantik menjadi Ketua Anak Negeri. Beliau dipertanggungjawabkan untuk memberi geran-geran tanah yang sah secara rasmi kepada masyarakat tempatan yang mendiami penempatan di sekitar daerah Tawau untuk menjamin hak keistimewaan penduduk tempatan sebagai masyarakat peribumi di daerah Tawau ini.

Penubuhan Persatuan Kebangsaan Melayu Tawau (PKMT) pada tahun 1945 yang diasaskan oleh Datuk Abu Bakar Titingan bersama pemimpin Melayu yang lain untuk memperjuangkan hak dan kepentingan orang-orang Melayu ini, telah menyatukan masyarakat Melayu tempatan Tawau. Ahli-ahli persatuan inilah yang bersama-sama dengan Tun Datu Mustapa Datu Harun melalui USNO, menuntut kemerdekaan bagi negeri Sabah melalui Malaysia pada tahun 1963. Manakala penubuhan Persatuan Islam Tawau (PIT) yang dipengerusi oleh Haji Abdul Karim Haji Drahman dan dibantu oleh Datuk Kassim Kamidin pada tahun 1956 telah mendorong penubuhan USIA yang menjamin keutuhan syiar Islam di seluruh Sabah.( Rujuk : Maklumat dari Muzium Negeri Sabah ).